super duper peoples

ANDA berminat ??? TAWARAN menarik ! HADIAH menarik ! PELUANG menarik !

Memaparkan catatan dengan label food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label food. Papar semua catatan

Selasa, Disember 6

Coconut shake

Assalamualaikum

Hai ! Guwa baru je balik dari Melaka nih. Addicted pulak dengan coconut shake nih. Sedap sehingga menjilat jari. ahah :) ... siapa tak pernah try tuh memang rugi. Pergi lah melaka sekarang juga. singgah di klebang.......... :)

Adakah buah kelapa tu digoncang-goncang ? mula-mula guwa pun fikir macam tuh rupanya just blender jer. ramuannya: air kelapa, isi kelapa, vanilla ice-cream dan air batu. harganya amatlah berpatutan hanya rm2.20 sen sahaja. 

Gerai luar. Hanya untuk pelanggan yang order bungkus sahaja. 

Peh !!! sedap giler air ni. berderet-deret kereta singgah. Memang tuan punya gerai ni rezeki tak putus-putus lah. Cuba lah jual kat rumah masing-masing. mesti laku :)  



p/s: Guwa serius ni memang sedap tak gebang lu orang. pergi lah klebang sekarang juga dapatkan coconut shake itu. dah abes satu pasti nak satu lagi. :)

Jumaat, November 11

sambal belacan ke budu

Assalamualaikum

Sejak 2,3,4 menjak ni asyik tengok masterchef ni. teringin bagi satu resipi lah. resipi apa ? resepinya ialah ...

resipi sambal belacan je. hahaha.....gelak lak? pandai ke buat ? (tangan atas bahu, mata pandang atas)

Siapa seumur hidup dia tak pernah makan sambal belacan ? rugi betul hidup dia tau. pehhh!!!! sambal belacan ni salah satu favourite guwa. Siapa nak jadi isteri guwa kena pandai buat sambal belacan.eheh :)....mula lah tu nak mengata yang guwa ni bajet macam hero malaya. ada tak serupa aaron aziz ? tolong lah jangan gelak

guwa kalau tade benda ni masa makan memang not felling lah bak kata omputih walaupun sesedap mana lauk tuh. ini yang guwa cari dulu. kita kan orang melayu. ni pun salah satu budaya masakan orang melayu kan? an an an. tapi di sebelah kelantan terkenal dengan budu. budu ni masin sikit tau. tak suka tak suka :(

cerita pasal budu, ingat guwa satu cerita kat restoran makan. malu guwa masa tuh.
syok punya syok makan kena bahan pulak. 

************************************

"ko makan budu tak?" tanya daus
"budu ? mana makan bro." soal guwa balik. 
"abes benda yang ko makan tu apa? tu lah budu". gelak daus sambil guling-guling.

*aduh!!!!malu nye guwa budu pun tak kenal. patut lah rasa masin tadi

************************************* 


hah ! baca pun sudah. jgn lupa cuba resipi di bawah ni. SELAMAT MENCUBA! ni pun salah satu memikat hati suami bagi yang dah berkahwin tuh. ehehe :)



Bahan-bahan ( 1 mangkuk )

  • 1 cawan cili padi
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan garam
  • 1 sudu besar belacan
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1/2 biji lemon diambil airnya
  • Sedikit air masak

Cara-cara

  1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
  2. Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
  3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
  4. Siap untuk dihidang


p/s : makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...