super duper peoples

ANDA berminat ??? TAWARAN menarik ! HADIAH menarik ! PELUANG menarik !

Selasa, Disember 27

kalau berpacaran

Assalamualaikum


Hai ! Dah lama sangat tak hapdate belog ni. Mcm ayat2 yang selalu blogger cakap apa ? "belog dah bersarang/berhabuk sana-sini. " so, guwa pun nak gotong-royong sikit-sikit bagi hilang habuk tuh. nanti guwa punya readers tak terkena jangkitan kuman "flu" . baik tak guwa ? itu maknanya, guwa mmg sayang ketat-ketat lu orang. Lu orang je yang tak perasan :P . 

Bagaimana pendapatan dengan nuffnang ? dah banyak ? gaji kan dah masuk. heeeeeeeeeeeeee :)


Berpacaran ? benda yang selalu kita lakukan tapi batas agama sering dilupakan. Siapakah yang perlu dipersalahkan ? 

a. Diri sendiri           b. Ibubapa             c. Guru-guru         d. Masyarakat           e. Agama      

Kadang-kadang sering terlupa dengan asyik dibuai mimpi yang enak dengan belaian. semua batas agama dilanggar. Yang dilarang itulah yang diutamakan. kenapa ? tepuk dada tanyalah iman . bukan tanya pada selera sebab selera untuk makan sahaja. haha. :)




Toleh kanan, toleh kiri situasi yang sama. Lebih teruk lagi yang ditoleh adalah budak sekolah rendah yang sudah pandai berpegang itu dan ini. Tak perlu guwa berceloteh dengan panjang. "lu pikirlah sendiri"

Jom karok !!! haha. kadang-kadang layan pulak guwa dengan lagu ni. :)

Lirik Lagu Kalau Berpacaran – Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet


Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x






p/s : guwa terpaksa slow sikit belog dan belogwalking ni. final exam sudah hampir. assignment pun tak siap lagi. mati guwa.....tolongggggggggg

Rabu, Disember 21

wordless wednesday #4

Assalamualaikum


Hai ! Senyum :) . . . tak perlu kata apa-apa. sambung sendiri


Kenapa tak tulis hari ni ? sendiri mahu ingat lah !!!

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan



mat afrika

Bersepah sana sini. suke lettewww sang bunga


romantis
will you marry me ? plsssss *_^


SNSD

tak skirt, short pants. niceeeeeeeeeee !


Oppppssssssss!!!! sorry the haters. you are the L.O.S.E.R :)


MUFC

glory glory glory !!!! 


p/s : memang sengaja guwa letak band SNSD disitu. :)

Isnin, Disember 19

RM1,000,000 Money Drop dan BONUS RM500

Assalamualaikum


Hai !  RM1,000,000 Money Drop. . . TV games show ni superb lah. Jawab 8 soalan dengan betul sahaja layak dapat sejuta. terbaeeeeeekkkkkk ... Pehh !!! Terbeliak biji mata guwa tengok duit RM1 Juta . Duit RM1 Juta tuuuuuuuuuuuu !!! Guwa kalau dapat peluk duit nih, firstly...macam biasalah lelaki mesti nak cukupkan kouta kan. Gila apa tak mampu...bak kata org melayu, tak baik tamak haloba nanti rugi pun haloba. haha :) . . . Kalau dah rugi siapa nak jawab ? lagi rugi kalau dah mati nanti orang lain yang guna. baik kita sendiri habiskan duit itu depan mata. Opssss !!! sedekah juga perlu diutamakan.heeeeeeeeeeee

RM1,000,000 Money Drop

Rumah ? kereta ? peh !!!! tak payah lah cerita.  Tak main lah nasional punya kereta. Low class. hahahaha :) Guwa terus je tempah sport car sorang sebijik. tak payah nak rebut-rebut. Kalau nak request dua bijik kereta pun boleh. sebijik pergi pasar, sebijik lagi pergi kerja. <----- ni memang spesies kaki kikis duit laki ni


TAPI yang paling best !!! tak payah guwa hapdate belog lagi. hahahaha . <-------Itu cerita kalau dah kaya. Silap-silap guwa bukak lagi satu pengiklanan "ads by LKA". Ganjaran pun mesti lagi lumayan. Banyak tul guwa gebang ni. haha :)




Lagi satu guwa nak bocorkan rahsia --->Bonus kerajaan dah masuk. Pandai-pandailah lu nak ayat sesiapa yang kerja kerajaan tuh yang agak-agak boleh payung lu makan besar. hahahaha :) . Diingatkan jangan kasar sangat mintak, nanti dapat pun kasar. Lebam bijik mata (O_o)



p/s : Biar kita miskin tapi kaya dengan budi pekerti. Jangan pula kita sebaliknya. (^_^)v'

*************************************************

okay !!! sebelum tuh guwa nak tinggalkan dengan satu soalan RM1,000,000 money drop. sesiapa dapat jawab tuh memang pandai bab burung dan boleh melayari www.moneydrop.com.my untuk main online. Hadiah pun menarik !!!!

soalan : namakan burung yang boleh terbang ke atas, ke bawah dan ke belakang

a. punai                                                  b. layang-layang                                         c. kelicap

Rabu, Disember 14

wordless wednesday #3

Assalamualaikum


Hai ! Siapa peminat Aaron Aziz ? pelik jugak guwa kalau ada yang tak kenal lebih-lebih lagi girl-girl tuh. Ada yang sampai naik gila dengan mamat nih.  Kalau ada lelaki minat tuh mintak tolong check 'adik' dia balik. Ori atau tiruan ? haha . . . :)


Bulan ni telinga guwa asyik dengar nama dia. PEH !!! sampai bernanah telinga ni. Mana tak, pergi sini muka dia, pergi sana muka dia. Naik muak guwa. Kenapa ? kenapa ? nama pun "wordless wednesday" tak surprise prise lah macam nih. asyik nak suap je (^_^) v'

Apa yang guwa boleh kata . . . tiket GSC harganya RM10, tiket TGV harganya RM14 . 

ombak rindu

datin ghairah


p/s : tengok gambar pun hati guwa dah berombak dan ghairah ni. :)



Isnin, Disember 12

MONDAY ? grrr !

Assalamualaikum


Hai ! Kenapa hari ini dilabelkan "blues monday" ? tolong jawab plsssszzzzzz. :) 

"cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola, cikgu sudah tidur, mari kita main"

Siapa tak pernah dgr dialog ni, sila cabut bulu ketiak ? haha . . . guwa rasa dialog ni sinonim dengan diri guwa kalau hari isnin. Mengantuk Ya Rabbi . Nanti TERtidur kang tak pasal-pasal kena sembur dengan ayat kuang ajar "ko ingat office ni bapak ko yang punya? " Nah, hambek ko sebijik. Dush !!! 

bukan takat keje je tahu malas, nak hapdate entry belog pun malas. Apetah lagi BlogWalking (BW) . nanti dah masuk hari selasa, guwa terjah belog lu orang yang gempak tuh. belog guwa header pun tak ubah-ubah. ada siapa sudi nak buatkan ? FREE tau ? duit nuffnang pun tak cukup lagi nak bayar nih? :(

Ini lah muka guwa sekarang. COMEL kan. macam rasa nak mintak penumbuk je kan. haha



p/s : kerjalah dengan ikhlas.haha :)

Khamis, Disember 8

Keburukan berdengkur

Assalamualaikum


Hai ! Siapa tak pernah berdengkur ? Semua orang tak nak mengaku. Ye lah perangai buruk siapa pun tak mahu mengaku kan..:) Kita memang takkan perasan bila kita berdengkur hanya orang yang berada di sekeliling atau sekatil tidur dengan kita. (Ya Allah, teruk betul dengkur dia ni. Kang tak pasal aku lempang laju-laju budak ni. Nak lempang anak orang pulak.)ayat ni memang biasa lah terkeluar bila tersampuk  dengkuran orang lain.

Nak jadikan satu kisah guwa pun pernah terkena benda ni. mak oi !!! terbangun guwa pukul 3 pagi. Aduyai!!! Besok ada kerja yang perlu dibereskan. Memang susah bila berada dalam keadaan ini. Maya karin dan Lisa Surihani baru ketuk pintu masuk dalam mimpi guwa tiba-tiba keluar suara yang menakutkan sehinggakan guwa tersentak dari lamunan. Guwa ingatkan hantu pun nak muncul dalam cerita mimpi guwa yang bertajuk "ombak rindu 2"..macam haram tul lah member guwa ni........

Siapa pernah alami pengalaman ni ? share lah. Seyes cerita dia sama dengan guwa... :)


Guwa ada terbaca satu fakta yang penyakit berdengkur ni boleh hilang sikit demi sikit dengan amalkan minum 7 biji badam dihancurkan dan campurkan ke dalam air susu. Siapa yang berdengkur tu, minta tolonglah hargai mimpi member-member. Kesian lah sikit woi !!!!haha
badam
tidur pun tenang

susu segar






Hah ! apa tunggu lagi. petua dah kasi, jangan lupa mencuba


p/s : jangan ingat nak sedap tidur je. ingatlah orang sebelah :)




Opppssss !!! KHAS untuk  peminat-peminat yuna. KLIK SINI


yuna. *credit to :pak cik google



Selasa, Disember 6

PHOTOBOOK ALBUM

PROMOSI TERHEBAT : RM52 instead of RM208 for One 8 x 6 inches Image Wrap Photobook Album - Matte Lamination at Phototalkz [75% OFF]



untuk maklumat lanjut :



p/s : Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Grab lah segala pe yang ada :)

Coconut shake

Assalamualaikum

Hai ! Guwa baru je balik dari Melaka nih. Addicted pulak dengan coconut shake nih. Sedap sehingga menjilat jari. ahah :) ... siapa tak pernah try tuh memang rugi. Pergi lah melaka sekarang juga. singgah di klebang.......... :)

Adakah buah kelapa tu digoncang-goncang ? mula-mula guwa pun fikir macam tuh rupanya just blender jer. ramuannya: air kelapa, isi kelapa, vanilla ice-cream dan air batu. harganya amatlah berpatutan hanya rm2.20 sen sahaja. 

Gerai luar. Hanya untuk pelanggan yang order bungkus sahaja. 

Peh !!! sedap giler air ni. berderet-deret kereta singgah. Memang tuan punya gerai ni rezeki tak putus-putus lah. Cuba lah jual kat rumah masing-masing. mesti laku :)  



p/s: Guwa serius ni memang sedap tak gebang lu orang. pergi lah klebang sekarang juga dapatkan coconut shake itu. dah abes satu pasti nak satu lagi. :)

Khamis, Disember 1

Siapa pilihan anda ? UNDI adalah rahsia

Assalamualaikum

SPR ? Siapa tak tahu stand for what ??? tak payah duduk Malaysia lah :)...tanya pakcik google tau 

SPR

PENGUMUMAN : Sesiapa yang rasa dia sudah berumur 21 tahun dan keatas dikira sudah layak untuk mengundi dan memilih pemimpin feveret mereka. Jangan asyik dok pilih artis bintang popular je, FFM lah (sekarang dah ada isu besar pasal pengacara tuh. siapa2? ). Kepada yang belum mendaftar lagi, masih sempat buat pendaftaran sekarang.

Sila klik link daftar SPR di bawah ini untuk maklumat lanjut:


p/s : klik jgn tak klik :)

Isnin, November 28

Speechless MONDAY

Assalamualaikum

Hai ! janganlah pelik sangat bila guwa letak title tuh. Lantak guwa lah nak letak apa ? ini belog guwa kan. ahah :)
Malas guwa nak cakap banyak hari ni. BERmacam-macam mood ada ni. bercampur-campur lah bengang,panas,konfius.arrrggggghhhh !!!

tolong tafsirkan pleaseeeeee ! case 2 tu minta tolong share kan pengalaman.



case 1 :  6 mins 3 goal

credit : www.ammboi.com

case 2:  BE nuffnang




p/s : apa-apa pun tak boleh !!!!!

Sabtu, November 26

kenali churpchurp

  Assalamualaikum

 nama saya churpchurp. jom ikut saya !!!
churpchurp

Hai ! kenali churpchurp ? bunyi macam biasa tapi sebagai blogger janganlah terlepas peluang keemasan atau rezeki yang diberikan ini. Walaupun rezeki yang kita perolehi itu nanti sedikit tapi ia dapat membantu kita sedikit sebanyak. Yang penting kita ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan. ingat tu !ikhlas


Okay!!! harini guwa nak share something yang mungkin ada sudah tahu dan mungkin belum tahu lagi dan mungkin tahu tapi buat-buat tak tahu. Berterabur tak ayat guwa. Maklumlah bahasa melayu SPM dapat 8.

Churpchurp ni juga satu pengiklanan yang boleh menjana pendapatan. Fungsinya juga adalah seperti nuffnang. Setiap pengiklanan yang diklik akan diberi ganjaran 20sen-40sen. Tolonglah jangan lepaskan peluang ini !!! peluang hanya sekali seumur hidup. hahahahaha

Peluang ini hanya terbuka kepada pengguna yang mempunyai facebook dan twitter. siapa yang belum ada lagi account, sign up cepat-cepat dan join segera. Jangan tunggu lagi. Guwa pun baru join ni. Belum dapat cash out lagi pun tapi guwa nak share dengan blogger/reader semua. nanti dah tahu pasal ni tolong share dengan kawan2. bak kata orang tua-tua "jangan kedekut ilmu kan". an an an. ahah :)

Cakap banyak pun tak guna, daftar segera dan fahamkan sendiri. Guwa tak tipu. berdosa tau
daftar sini


Contoh-contoh iklan adalah seperti berikut:
tekan sini
tonyoh sini
picit sini
urut sini
layan sini

TERIMA KASIH kepada yang sudi baca sampai habis tu dan klik-klik dekat link tuh. Hargai sangat-sangat..

okay!!!! sampai sini je lah guwa nak share pasal churpchurp ni. SHARING IS CARING

p/s : comel churpchurp ni kan. comel tapi ada makna tuh :)

Jumaat, November 25

TV Show Korea

Assalamualaikum

Hai !!! walaupun guwa tak layan k-pop tapi TV Show korea ni gempak giler!! tekan episod 1 pasti nak tekan episod lagi satu. addicted !!!! agak-agak artis Malaysia pun tak mampu buat show macam ni. kalau buat pun gerenti hancur. buat masa ini hanya 2 jer lah yang guwa layan. Siapa tak pernah tengok tuh, cepat-cepatlah upload dalam youtube atau mana-mana sumber dalam internet tuh. gerenti BEST !!!!!

1. Family outing season 1
Family Outing Season 1

2. Running man
Running man

p/s : tengok-tengok jugak yer tapi solat jangan lupa. see ya!!!! :)


Rabu, November 23

wordless wednesday #2

Assalamualaikum

hai !!! memandangkan hari rabu dan semua blogger pun letakkan entry dan isi juga pun sama. ahah :)...bagus juga ada hari ni. bukan malas nak taip tau. Oh tidak !!!. Kerja juga perlu diutamakan. 

entry dah tulis kat tajuk atas, so isi pula kat bawah ni. haha 1000x (gelak guling-guling)

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan


p/s : gambar ini tidak bermaksud apa-apa. hanya gurauan semata-mata. betul ke tak rumus ni ? penat dah cari rumus lelaki tapi tak jumpa-jumpa. jgn marah nanti kena jual. peace yaw(^__^)V


Jumaat, November 18

Sukan SEA 2011 | PERLAWANAN BOLA SEPAK MALAYSIA VS INDONESIA

Assalamualaikum

Penyerang lincah, LKA Syahrul Azwari Ibrahim (gambar) muncul wira selepas menjaringkan gol pada minit ke-18 hasil umpanan rakan pertahanan, Mahali Jasuli. Yang kelakarnya, sorakan hampir 100,000 penyokong-penyokong Indonesia yang berlagak dengan sorakan "Indonesia Bisa" yang dikatakan meniru slogan "Malaysia Boleh" (siapa tiru siapa ni ???) terus lenyap bagaikan garuda telah patah sayapnya apabila dibaham dengan harimau muda di Stadium Gelora Bung Karno . ahahaha :). suka guwa tengok. kira tak sia-sia ponteng kelas malam tadi.Opssssss !!!! jangan beritahu pensyarah tau. nanti carry mark guwa sikit. siapa yang susah ????plssss

Syahrul Azwari Ibrahim
Pujian juga harus diucapkan kepada penjaga gol, Khairul Fahmi yang tangkas dan bijak mengawal tiang gol dari dibolosi oleh pemain-pemain Indonesia. Sila tengok aksi di bawah yang agak mengancam juga. 


Tahniah Malaysia !!! Tahniah Malaysia !!! Tahniah Malaysia !!! Indonesia,kita jumpa lagi kalau diberi peluang lagi. Sila kalahkan pasukan Vietnam di separuh akhir terlebih dahulu. peace yaw 'V'

Keputusan Akhir : Malaysia (1) vs Indonesia (0)


p/s : jangan pandang Malaysia dengan sebelah mata. dont judge book by its cover :)

Rabu, November 16

wordless wednesday



klon atau sebaliknya ???




Super Junior

VS


Max 24:7


p/s : tidak perlu untuk menjadi orang lain untuk mendapatkan perhatian. malah bukan perhatian tapi sebaliknya. banggalah menjadi diri sendiri !!!

Isnin, November 14

Segmen: Blogwalking Sampai Gila



to blogger : tq for your visit me

p/s : kawan lah kita selagi kita boleh berkawan

Jumaat, November 11

sambal belacan ke budu

Assalamualaikum

Sejak 2,3,4 menjak ni asyik tengok masterchef ni. teringin bagi satu resipi lah. resipi apa ? resepinya ialah ...

resipi sambal belacan je. hahaha.....gelak lak? pandai ke buat ? (tangan atas bahu, mata pandang atas)

Siapa seumur hidup dia tak pernah makan sambal belacan ? rugi betul hidup dia tau. pehhh!!!! sambal belacan ni salah satu favourite guwa. Siapa nak jadi isteri guwa kena pandai buat sambal belacan.eheh :)....mula lah tu nak mengata yang guwa ni bajet macam hero malaya. ada tak serupa aaron aziz ? tolong lah jangan gelak

guwa kalau tade benda ni masa makan memang not felling lah bak kata omputih walaupun sesedap mana lauk tuh. ini yang guwa cari dulu. kita kan orang melayu. ni pun salah satu budaya masakan orang melayu kan? an an an. tapi di sebelah kelantan terkenal dengan budu. budu ni masin sikit tau. tak suka tak suka :(

cerita pasal budu, ingat guwa satu cerita kat restoran makan. malu guwa masa tuh.
syok punya syok makan kena bahan pulak. 

************************************

"ko makan budu tak?" tanya daus
"budu ? mana makan bro." soal guwa balik. 
"abes benda yang ko makan tu apa? tu lah budu". gelak daus sambil guling-guling.

*aduh!!!!malu nye guwa budu pun tak kenal. patut lah rasa masin tadi

************************************* 


hah ! baca pun sudah. jgn lupa cuba resipi di bawah ni. SELAMAT MENCUBA! ni pun salah satu memikat hati suami bagi yang dah berkahwin tuh. ehehe :)



Bahan-bahan ( 1 mangkuk )

  • 1 cawan cili padi
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan garam
  • 1 sudu besar belacan
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1/2 biji lemon diambil airnya
  • Sedikit air masak

Cara-cara

  1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
  2. Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
  3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
  4. Siap untuk dihidang


p/s : makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan
  

Rabu, November 9

Sukan SEA 2011 - perlawanan bola sepak MALAYSIA v THAILAND

Peminat bola sepak negara termasuk guwa kecewa apabila skuad olimpik bimbingan Ong Kim Swee hanya mampu mengutip satu mata selepas gagal menjaringkan gol dan keputusan terikat 0-0 sehingga tamat perlawanan dengan musuh tradisi, Singapura pada isnin lepas.

Walaupun, guwa tengok skuad olimpik banyak mengasak pihak lawan bertubi-tubi sehingga nyaris menyaringkan beberapa gol melalui tendangan cantik Baddrol Bakhtiar namun sepakannya digagalkan oleh penjaga gol Singapura, Izwan Mahbob yang juga orang yang sama mengecewakan skuad senior pada perlawanan pusingan ke-2 kelayakan piala dunia yang lalu. Guwa rasa nak lempang laju-laju je mamat nih.

Jangan lupa saksikan satu lagi perlawanan Malaysia v Thailand pada pukul 5.00 petang ini di astro arena. 

Guwa rasa skuad olimpik bimbingan Ong Kim Swee perlu membuktikan Malaysia adalah pasukan yang mantap dan merupakan gergasi Asia Tenggara ketika ini serta mempertahankan pingat emas yang telah dimenangi pada sukan SEA yang lepas di Laos hasil bimbingan Datuk K. Rajagobal. Guwa akui sememangnya sasaran yang diletakkan pada bahu ketua jurulatih, Ong Kim Swee itu nampak terlalu berat tapi tidak mustahil juga Malaysia mampu membawa pulang pingat emas serta mempertahankan gelaran juara.

guwa tak kisah siapa yang diturunkan pada petang ini tapi guwa harap pemain-pemain dapat menunjukkan prestasi yang bagus dan mampu menjaringkan gol serta memenangi perlawanan sekaligus.

Barisan-barisan skuad olimpik negara:
 
GK) Khairul Fahmi Teck, Izham Tarmizi.
(DF) Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Asraruddin Putra, Amer, Muslim Ahmad, Fandi Othman.
(MF) Irfan Fazail, Nazmi, K.Gurusamy, Baddrol Bakhtiar, Yong Kuan Yong, Wan Zaharulnizam, Shukur Jusoh.
(FW) A.Thamil Arasu, Fakri Saarani, Syahrul Azwari, Izzaq Farris.


Guwa target 2 jaringan gol petang ni. LU ORANG???


Tapi keputusan sebenar akan di-up-to-date selepas perlawanan tamat itu nanti. harap keputusan bawah ni betullah. tak payah lah guwa update entri ni.

p/s : majulah sukan untuk negara. iklan ini dibawakan khas dari LKA. hahaha...supportlah pasukan negara. Kalau kita sebagai rakyat Malaysia tak menyokong, baik tak payah duduk kat Malaysia. betul tak?

MALAYSIA
THAILAND


  
 
 2         VS          0

Jumaat, November 4

"SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking"


 bila dah blogwalking, ringankan lah komen ataupun jadi follower sekali..

p/s: berkawan biar beribu, berkasih biar satu

Khamis, November 3

FINAL EXAM PAPER

Assalamualaikum


siapa tak pernah amek exam?angkat tangan!!! aku nak tampo sorang2. jgn menipu. xbek taw. *bajet power.

mcm2 rasa masam,masin,pahit,tawar.hahahaha da macam rasa makanan pulak. kih kih kih..aku tipu je. sebenarnya kalau bab exam ni alahai paling malas aku nak baca buku lagi-lagi kalau bab teori.pehhh berpage-page nak menghafal.last-last xmasuk. geram tul kan rasa macam nak hempas-hempas meja kat situ jugak tapi disebabkan macho, kena kaber geng. nanti xpasal-pasal jatuh saham.

aku kalau bab exam ni malas nak cerita lah, besok nak periksa baru nak baca. mula la tu nak mengata aku malas. sorry sikit geng, biar malas tapi result kasi gempak.hahahahahahaha..... (jgn tiru aksi ini). tapi gempak ker?korang fikirlah sendiri. eheh

tak payah cite banyak, ikuti siri di bawah ini....

*************************


okay,da baca buku,buat latihan bagai.harini exam.fuhhhh!!!! seram sejuk dibuatnya
tapi dinggatkan yer, toyol ni hanya watak sampingan bila terdesak.

lokasi:luar dewan

"kod itt563 boleh masuk dlm dewan dan duduk ditempat yang betul".teriak mak cik pengawas macam tarzan baru keluar dari hutan
"aduh!!!xnyempat2". bising aku
"weh!!!ko simpan "toyol" kat mane???". lantas zamy bertanya
"hahahaha...itu semua toyol dalam kocek seluar guwa.shhhh!!!!jgn dok bising". pantasku menjawab sambil melihat kiri dan kanan

dengan segeraku melangkah masuk kedlm dewan yang agak besar dan pantas melabuhkan punggungku diatas kerusi yang kosong.

exam pun bermula...

dengan muka yang tenang, aku menjawab soalan.

dan berkata...
"ohhhh!!!!!sebijik lah pe yang ade kat toyol ni.haha...takpe rilex n tunggu masa yang sesuai"

selepas 45 minit berlalu....

kepalaku da berpusing-pusing ibarat roda yang berputar sbb dah pening nak pikir jawapan. member2 guwa sorang sorang masuk toilet. aper lagi???alarr..mcm tak biase lak lu geng. konpem da abes pikir smpai terbakar fius dlm pale tuh.

kini giliranku pula untuk menjalankan "operasi toyol".adakah berjaya???


***************************************

JANGAN LUPA NANTIKAN SAMBUNGANNYA...

p/s : baca lah buku kerana ilmu, janganlah membaca buku kerana peperiksaan






Isnin, Oktober 31

sabar itu baik

Assalamualaikum...


"sabar itu sebahagian dari iman". ujar ustaz sebelum memulakan kelas semasa aku darjah 4

mari kita sama-sama renungkan satu petikan ayat dari surah Al-Imran:ayat 139




p/s: setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya.




Khamis, Oktober 27

apa???tiket rm50

Hi everyone!!!!

entri kali ni citer pasal final piala malaysia yang akan berlangsung pd sabtu ni (29 oktober 2011) di stadium shah alam diantara terengganu v negeri sembilan. terengganu layak ke akhir selepas menewaskan negeri kelahiran aku(selangor) dgn agregat 4-1. geram giler aku time tgk 'live' kelmarin. lebih kurang ayat aku mcm ni lah.

"bangsat tul lah korang main". bisik hati aku

TAPI kenapa final dekat shah alam tak bukit jalil. frust menonggeng tul aku(menonggeng tu saje jer aku tambah bagi sedap). da lah selangor xlayak ke final. perli ke hape ni?aduyaiiii........cek punya cek so fyi, std bkt jalil masih dalam proses pembaikan trek. tapi isu skang bukan pasal itu ini tapi bayaran tiket gila mahal.xsanggup den

******************************************************
tgh2 cham-cha kt kedai mamak then borak pasal bola dgn member2 aku.

"weh!!!harga tiket final naik 5o hengget". sapa irhan
"tiket pe? wayang ke?". balas aku
"pe dar..ko ni xbaca paper ker?tiket bola lar". jwb ringkas irhan
"biar betul rm50.huhuhu..padan muka penyokong terengganu dgn n.sembilan". balas aku sambil ku meneguk air teh ais berulang-kali. glup glup glup!!!

(tapi dalam hati aku tgh jeles dan panas sbb pasukan selangor xlyk ke final :' (
********************************************************


p/s: supportlah pasukan negeri dan kebangsaan kita. beli lah tiket sementara stok masih ada!!!!

Khamis, Oktober 20

alahai!!!! belajar part-time

salam,hi pe kabar?

alaHAI.....bunyi cam mengeluh je kan?an an an
ermmm...mengeluh ni bkn bek tp xbek taw.so jgn sesekali mengeluh ok!!!!

study mmg r penat.sape kate xpenat????tunjuk kn ak orang tu.konpem giler.x giler sewel.

kdg2 ak terPK nape r ak xsambung pas abes dip. da dpt offer kt uitm dungun. bkn men jauh bagai nun pantai timur. untung-untung dpt bini kat sana.hahahaha....da sronok pat duit la katakan.dpt duit klu simpan ok lagi TAPI ......

tapi alhamdulillah dpt jgk smbung PLK kat uitm s.alam jgk.mmg jodoh ak dgn uitm.da nasebbbb...kata universiti 100% bhs inggeris.hahahaha...ye ker bagus?

tp kalau boleh putarkan masa tu balik, bek ak blajar pas abes dip. biler da keje ni, penat tu alahai....alahai lg?isk isk isk.. sepak mulut ni kang.xbek mengeluh.PANG PANG PANG!!!!
**************************************************

nak smbung lagi lar....tapi mungkin di entri yang lain. semoga kita berjumpa lagi di page yang sama :)

P/S: ada x mana2 universiti jual segulung ijazah. nak beli? PM me!!!




Khamis, Oktober 13

blog yang pertama

salam,hi pe kabar?

ermm*speechless lar xtahu nk start camne.hehe*...

sbnrnye da lame niat d hati ni teringin wat blog. tibe2 terbukak hati ni.*cheewah ayat berbunga-bunga.padahal mmg malas nk tulis.*YAHOO!!!da ade. hrp nukilan ak ni korang sudi lah baca.jgn lupe jd follower.huhu

TAPI camne nk kasi banyak mcm blogger2 popular tu.sape hah?ben ashaari,FL,CE,zack dan lain-lain

p/s:jgn lupa taw jd my follower.PEACE YO!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...