super duper peoples

ANDA berminat ??? TAWARAN menarik ! HADIAH menarik ! PELUANG menarik !

Rabu, November 9

Sukan SEA 2011 - perlawanan bola sepak MALAYSIA v THAILAND

Peminat bola sepak negara termasuk guwa kecewa apabila skuad olimpik bimbingan Ong Kim Swee hanya mampu mengutip satu mata selepas gagal menjaringkan gol dan keputusan terikat 0-0 sehingga tamat perlawanan dengan musuh tradisi, Singapura pada isnin lepas.

Walaupun, guwa tengok skuad olimpik banyak mengasak pihak lawan bertubi-tubi sehingga nyaris menyaringkan beberapa gol melalui tendangan cantik Baddrol Bakhtiar namun sepakannya digagalkan oleh penjaga gol Singapura, Izwan Mahbob yang juga orang yang sama mengecewakan skuad senior pada perlawanan pusingan ke-2 kelayakan piala dunia yang lalu. Guwa rasa nak lempang laju-laju je mamat nih.

Jangan lupa saksikan satu lagi perlawanan Malaysia v Thailand pada pukul 5.00 petang ini di astro arena. 

Guwa rasa skuad olimpik bimbingan Ong Kim Swee perlu membuktikan Malaysia adalah pasukan yang mantap dan merupakan gergasi Asia Tenggara ketika ini serta mempertahankan pingat emas yang telah dimenangi pada sukan SEA yang lepas di Laos hasil bimbingan Datuk K. Rajagobal. Guwa akui sememangnya sasaran yang diletakkan pada bahu ketua jurulatih, Ong Kim Swee itu nampak terlalu berat tapi tidak mustahil juga Malaysia mampu membawa pulang pingat emas serta mempertahankan gelaran juara.

guwa tak kisah siapa yang diturunkan pada petang ini tapi guwa harap pemain-pemain dapat menunjukkan prestasi yang bagus dan mampu menjaringkan gol serta memenangi perlawanan sekaligus.

Barisan-barisan skuad olimpik negara:
 
GK) Khairul Fahmi Teck, Izham Tarmizi.
(DF) Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Asraruddin Putra, Amer, Muslim Ahmad, Fandi Othman.
(MF) Irfan Fazail, Nazmi, K.Gurusamy, Baddrol Bakhtiar, Yong Kuan Yong, Wan Zaharulnizam, Shukur Jusoh.
(FW) A.Thamil Arasu, Fakri Saarani, Syahrul Azwari, Izzaq Farris.


Guwa target 2 jaringan gol petang ni. LU ORANG???


Tapi keputusan sebenar akan di-up-to-date selepas perlawanan tamat itu nanti. harap keputusan bawah ni betullah. tak payah lah guwa update entri ni.

p/s : majulah sukan untuk negara. iklan ini dibawakan khas dari LKA. hahaha...supportlah pasukan negara. Kalau kita sebagai rakyat Malaysia tak menyokong, baik tak payah duduk kat Malaysia. betul tak?

MALAYSIA
THAILAND


  
 
 2         VS          0

3 ulasan:

olen berkata...

sama! 2-0!

olen berkata...

patut dorang boleh beat singapore tempoh hari.. sbb thailand ni kuat sikit dr singapore.. heheh

LAici KAng Ais berkata...

tul tu cik zureen.tanpa tonggak wan zack & gary mmg nmpak taring harimau tumpul. harapkan pertahanan jer. jentera tengah dan serangan kaku. peluang gol pun dari "dead ball".

tp apa pun u punye flash mmg cantik. blogger pun cantik. eheh.....nice to meet you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...