super duper peoples

ANDA berminat ??? TAWARAN menarik ! HADIAH menarik ! PELUANG menarik !

Jumaat, November 11

sambal belacan ke budu

Assalamualaikum

Sejak 2,3,4 menjak ni asyik tengok masterchef ni. teringin bagi satu resipi lah. resipi apa ? resepinya ialah ...

resipi sambal belacan je. hahaha.....gelak lak? pandai ke buat ? (tangan atas bahu, mata pandang atas)

Siapa seumur hidup dia tak pernah makan sambal belacan ? rugi betul hidup dia tau. pehhh!!!! sambal belacan ni salah satu favourite guwa. Siapa nak jadi isteri guwa kena pandai buat sambal belacan.eheh :)....mula lah tu nak mengata yang guwa ni bajet macam hero malaya. ada tak serupa aaron aziz ? tolong lah jangan gelak

guwa kalau tade benda ni masa makan memang not felling lah bak kata omputih walaupun sesedap mana lauk tuh. ini yang guwa cari dulu. kita kan orang melayu. ni pun salah satu budaya masakan orang melayu kan? an an an. tapi di sebelah kelantan terkenal dengan budu. budu ni masin sikit tau. tak suka tak suka :(

cerita pasal budu, ingat guwa satu cerita kat restoran makan. malu guwa masa tuh.
syok punya syok makan kena bahan pulak. 

************************************

"ko makan budu tak?" tanya daus
"budu ? mana makan bro." soal guwa balik. 
"abes benda yang ko makan tu apa? tu lah budu". gelak daus sambil guling-guling.

*aduh!!!!malu nye guwa budu pun tak kenal. patut lah rasa masin tadi

************************************* 


hah ! baca pun sudah. jgn lupa cuba resipi di bawah ni. SELAMAT MENCUBA! ni pun salah satu memikat hati suami bagi yang dah berkahwin tuh. ehehe :)



Bahan-bahan ( 1 mangkuk )

  • 1 cawan cili padi
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan garam
  • 1 sudu besar belacan
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1/2 biji lemon diambil airnya
  • Sedikit air masak

Cara-cara

  1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
  2. Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
  3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
  4. Siap untuk dihidang


p/s : makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan
  

5 ulasan:

olen berkata...

nak terai! ;p

ekabukanmakcikkau. berkata...

malam ni tak boleh ah tgk masterchef sebab bapak aku nak tgk cinta elisa . demm demm

LAici KAng Ais berkata...

zureen : jgn try je. makan sekali..eheh:)

eka : alahai !!!sian eka.

namoden berkata...

mael bagi resipi sambal belacan..muahahahahahahaahahhaha...wa ingat bagi resipi laicikang......hhahahahahahahjangan maraaa..nanti kene juall..dah kene jual sapa nak beli....hahahaha

D. berkata...

sambal belacan lagi sedaap:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...